Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Rabu, 23 Julai 2014

Tenggiri Goreng Halia

Assalamualaikum, semua!

Selamat sahur. Makcik tak boleh nak lelap mata. Jadinya, sementara nak tunggu masuk dapur, Makcik naikkan entri lauk berbuka.

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Ikan tenggiri - tak kisahlah berapa hiris, Makcik buat tiga hiris saiz telapak tangan.

Bawang merah - satu labu
Halia - saiz ibu jari dan panjang pun sama.
Cili - Makcik pakai 3 jenis cili berbeza. Kalau tak tahan pedas, jangan ikut makcik. Satu jenis tak pedas, satu jenis bolehlah pedas, satu lagi namanya cili geronong. Nama omputeh dia, habanero. 
Serai nan sebatang.
Minyak secukupnya.
Serbuk kunyit untuk lumur pada ikan.
Garam dan gula.


Mula-mula, lumur ikan dengan kunyit and sedikit garam. Goreng. Letak tepi.

Kemudian, tumis serai, bawang, halia dan cili. Kasi hiris ya. Serai tak payahlah kau nak hiris, titikkan saje. Bila dah naik bau, bolehlah season to taste dengan garam dan gula.

Tapinya, ikan tenggiri goreng halia Makcik adalah berkuah. Almaklumlah, Makcik takut tercekik nasi bila makan nasi kering. Oleh itu, makcik tambahkan air sedikit. Jangan banyak sangat, cukuplah sekadar berkuah.


Kuah Makcik nampak merah sebab makcik tambah bawang blend (bawang merah, bawang putih, halia dan tomato) lepas bahan-bahan yang dihiris itu naik bau. Sebelum masukkan air. Itu adalah ikut tekak masing-masing yea. Kalau nak macam kuah Makcik, silakan. Kalau nak kuah putih, tak payah. Kalau taknak kuah, jangan masukkan air. 

Bila tumisan dan garing, boleh terus campak ikan and gaul rata. Siap dihidang tapi tak boleh makan selagi tak masuk waktu, okay? 

Isnin, 14 Julai 2014

Ayam Goreng Sambal

Dah macam habit, macamane sekalipun, mesti akan ada masakan berasaskan sambal. So, hari ini, Makcik buat Ayam Goreng Sambal.


AYAM GORENG SAMBAL

Ayam (ikutlah berapa ketul ayam. Tadi Makcik masak dalam sepuluh ketul agaknya, tapi halus-halus punya ayam). 

Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Hidup (macam biasalah, ikut kesesuaian tekak dan bilangan yang ganjil. Kalau kau tak tahan pedas, tak payah letak sebab nanti masukkan cili giling. Kalau kau masukkan pastu certe berte, jangan nak salahkan Makcik)
Cili Giling
Halia
Air asam jawa
Belacan (ikut kehendak tekak ok? Makcik tak letak tapi Makcik tahu ramai yang suka letak. Makcik tak suka, Makcik punya pasal ok?)
Garam dan gula secukupnya



Mula-mula, kita goreng ayam separuh masak. Lumur ayam sikit dengan garam. Sikit, jangan bebanyak. Nanti darah tinggi. Nak lumur dengan kunyit, silakan. Taknak pun takpe. Takde Dewa Masakan nak panah kita dengan petir sebab tak lumur dengan kunyit. Makcik lumur sikit supaya ayam Makcik tak pucat sebab Makcik superficial. Superficial maksud dia dalam bahasa mudah adalah memandang rupa. Lepas goreng separuh masak, letak tepi. Kita prepare sambal.

Bawang mawang halia cili semua kita blend/tumbuk. Ikut tahap kerajinan dan power kaulah. Agak-agak kau dah lembik, tak payahlah bertumbuk dekat dapur. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Then, masukkan bawang yang kita blend. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan cili giling tadi. Agak-agak dah naik bau dan pecah minyak, masukkan air. Biar sampai kering supaya cili dan bawang masak betul-betul. Kalau makcik, first round masukkan air dalam setengah gelas saje. Asalkan cukup nak tanggalkan bawang dan cili yang melekat dekat periuk. Biar sampai kering, then baru masukkan air segelas lagi. Agak-agak nak kering lagi, masukkan air asam. Then, gula dan garam. Balancekan rasa. Dah puas hati, masukkan ayam. Gaul dan tunggu sampai sambal hampir kering. Tutup api.


P/S: Talipon Makcik habis bateri separuh jalan waktu memasak sebab Makcik sibuk layan Whatsapp dari sepupu Makcik. Orang nak kahwin, Makcik haruslah layan bakal pengantin punya pertanyaan. Tapi gambar lauk dah siap, ada. Makcik campak terung dalam ayam goreng sambal sebab, errr, sambal terung itu sedap tapi Makcik insan yang lemah. Saia taa kuad. Makcik malas sebenarnya. Okbye!


Ikan Masak Singgang


Assalamualaikum.

Memandangkan semua dah berbuka (Alhamdulillah!), bolehlah kita share resipi untuk lauk berbuka hari ini. Makcik tak masak beriya pun sebab hari ini Makcik malas pergi pasar. Oleh itu, selongkarlah peti ais dan carilah apa yang ada.

So, lauk pertama hari ini yang Makcik masak adalah ikan singgang. Ikan masak singgang adalah ikan yang dimasak sup dan diletakkan kunyit. Hahahahaha! Ikan masak singgang, pada hemat Makcik, adalah masakan paling malas tapi terangkat jugak ahh kalau tepat rasanya.

So, here it is!

IKAN MASAK SINGGANG

Ikan (apa-apa jenis ikan yang sesuai seperti ikan tenggiri, ikan kembung, ikan mayung etc.) Makcik tak sure ikan yang Makcik masak tadi ikan tapah ke ikan mayung. Hahahahah! Maaflah, Makcik tahu masak dan makan. Makcik tak hafal tajuk-tajuk ikan di pasaran.

Bawang merah (ikutlah banyak mana yang bersesuaian, asalkan dalam bilangan yang ganjil)
Bawang putih (kurang dari bawang merah)
Serai
Halia
Asam keping/asam gelugor (ke sama jek?)
Kunyit (Makcik pakai serbuk kunyit, nak pakai kunyit hidup boleh jugak tapi dijangka agak pucatlah kuahnya nanti).
Cili (ikut berdasarkan tahap ketahanan yea. Makcik suka pedas, minimum 7 biji cili)
Garam, gula, rencah penambah perisa dan lain-lain yang anda perlukan.



So, nak masak macam biasalah. Mula-mula kita blend/tumbuk bawang-bawang dengan halia dan cili. Serai, kita ketuk dengan anak lesung atau dalam istilah masakan, kita titik dia.  Kemudian, panaskan minyak. Agak-agak minyak dah panas, bolehlah tumis bawang yang kita blend; bersam serai sehingga naik bau (bukan bau hangit), rasa (aroma yang menyelerakan) dan warna (cemane gaya bawang kena tumis?). Masukkan juga serbuk kunyit (kalau kunyit hidup, boleh blend sekali dgn bawang).

Agak-agak dah pecah minyak, bau dah naik; masukkan air sedikit. Sikit untuk bagi hilang bawang-bawang yang melekat dekat dasar periuk. Campakkan asam keping/asam gelugor. Nampak macam nak kering, bolehlah masukkan air sehingga separuh periuk. Jangan pulak kau nak masak ikan sehiris tapi pakai periuk saiz tong dram. Makcik rebus kau sekali nanti kang!


Bila dah menggelegak, bolehlah season to taste rasa dengan garam dan gula. Makcik letak pati ikan bilis sedikit for good measure. Almaklumlah, masak bulan puasa. Then, bolehlah masukkan ikan ke dalam periuk. Dalam dua, tiga minit,boleh tutup api dan put the periuk ke tepi and let the fish sit for a while. Proses untuk isi ikan mentah untuk masak akan terus berjalan sebab kuah singgang panas. Ikan tak sedap masak lelama, hilang manis ikan nanti.

Ohh. Kalau ada tomato ke bendi ke, bolehlah masukkan sekali. Makcik masukkan sayur bendi sebab Cik Bedah ada tanam belakang rumah.



Okay, itu sahaja. Lauk kedua Makcik adalah Ayam Masak Sambal.