Haaa, Makcik nak kongsi petua. Ramai yang tak suka makan sayur peria sebab pahit kan? Cara nak hilangkan pahit pada sayur peria, senang saje.
Petuanya ialah,
Hiris peria dan rendamkan peria dalam air bercampur garam selama paling kurang setengah jam. Kemudian, toskan.
Senang kan?
Makcik suka sayur peria sebab bagi Makcik, dia sayur yang ada karektor. Kau tak rasa boring ke makan kobis yang takde rasa? Sebenarnya, lepas sayur peria direndam dalam air garam, takdelah terus hilang rasa pahit seratus persen. Cumanya, rasa pahit dia tersangat kurang dan boleh diterima tekak. Pahit yang sedap. Lagi-lagi kalau kau hiris senipisnya, goreng garing. Perghhh, terangkat wooo!
Nah, untuk sahur hari ini, Makcik tumis sayur peria dan buat tenggiri goreng sambal. Semalam Makcik goreng 7 hiris ikan tenggiri. 3 hiris yang besar, Makcik buat peria goreng halia versi basah (boleh temgok entri sebelum ini). Tenggiri goreng sambal, kau boleh tengok entri ayam goreng sambal. Kau tukarlah ayam dengan ikan tenggiri.
Basically, untuk masakan goreng sambal; semua jenis binatang pun kau boleh guna (kecuali babi dan anjing, itu terang dan nyata harommm). Kucing pun kau tak boleh goreng okay? Apa sadis nau kau nak makan kucing? Macamkan takde binatang lain dalam dunia ini yang kau boleh makan.
Resepi Peria Tumis
Sebatang peria - rendam dalam air garam untuk hilangkan pahit. Makcik rendam pukul 2.30 pagi dan masak pukul 4 pagi. Kekdahnya, terlebih rajin sebab tak tahu nak buat apa. Seeloknya, janganlah rendam lelama. Hilang khasiat nanti.
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Cili*
Tomato*
Ikan Bilis
Garam dan gula secukupnya. Kalau kau malas nak main balance rasa pepagi buta macam Makcik, kau boleh masukkan sesudu sos tiram.
Tumis bahan yang bertanda (*). Bahan-bahan ini Makcik blend awal-awal, nak hiris pun boleh. Taknak masukkan tomato pun boleh. Takpe, Makcik tak report dekat sesapa pun kalau kau tak ikut arahan Makcik. Masukkan ikan bilis, tumbuk boleh. Blend boleh. Nak masuk gitu saje pun boleh, asalkan kau bersihkan perut ikan bilis kau dulu. Jangan malas dan pengotor, okay?
Bila naik bau, masukkan air. Tumis sampai separa kering. Air jangan banyak, nak tumis kering. Masukkan satu sudu sos tiram. Gaul. Masukkan garam and season to taste. Bila rasa dah sedap, kau campakkan sayur peria. Masaklah sepenuhnya, takut kang kalau separuh masak, kau tak boleh mak telan, kotlah ada rasa pahit lagi.
Sebab kau dah masukkan sos tiram, lagi senang dia nak mengering. Bila dah berubah warna, boleh tutup api. Sedia dihidang. Cepat makan sebelum azan Subuh.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan