Cara nak potong tempoh penyediaan di dapur, senang sangat.
Salah satu benda yang kita boleh buat adalah menyediakan bahan asas terlebih dahulu.
Bahan asas yang Makcik maksudkan adalah bahan menumis iaitu bawangan dan lain-lain.
Bayangkan kau terpaksa nak kopek kulit bawang tetiap kali nak masak, boleh hilang mood nak masak. Menyediakan bahan asas terlebih dahulu bukanlah bermakna kita malas, cumanya kita nak kurangkan waktu di dapur.
Bahan asas Makcik adalah:-
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Cili
4. Halia
5. Tomato
6. Serai
Kuantiti dari 1-6 semakin berkurangan yea. Agak-agak sendirilah. Makcik selalunya sediakan stok cukup untuk seminggu. Satu bekas. So, takdelah nak menghadap bawang tetiap kali nak masak. Ada gaya, Makcik menaga boleh masak pakai kayu api nanti.
Kita nak masak, kenalah bijak. Jangan membazir banyak sangat masa dekat dapur. Itu yang selalunya buat kita malas nak masak, sebab mengenangkan betapalah tengah penat and perlu nak hadap banyak kerja-kerja kecik dekat dapur. Lainlah kalau kau nak practice masuk MasterChef, kalau itu, jangan malas.
Makcik takpe, Makcik masak untuk keluarga. Pilihan yang ada hanyalah, nak makan atau tidak? Kau pilih tidak, tak makanlah ekau. Kehkehkeh!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan